Aplikasi e-hailing yang dimiliki oleh pemandu!

Bersatu kita TEGUH! #pemandubersatu

Aplikasi e-hailing yang dimiliki oleh pemandu!

Siapa Kami?

FIVE adalah sebuah syarikat yang beroperasi sebagai Perusahaan Sosial yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pemandu e-hailing di Malaysia. Sebagai Perusahaan Sosial, sebahagian besar keuntungan FIVE akan dipulangkan semula kepada pemandu FIVE. Objektif kami adalah mengutamakan komuniti pemandu e-hailing.

Apa yang membezakan FIVE
daripada yang lain?

FIVE Education Foundation

Dana pendidikan untuk anak-anak pemandu FIVE yang cermelang dalam peperiksaan sekolah. FIVE berharap Dana ini dapat mengurangkan beban kewangan pemandu-pemandu dalam menguruskan persekolahan anak-anak.

EHO dimiliki pemandu

Pemandu bukan sekadar driver-partner, Pemandu adalah pemilik syarikat FIVE. Pemandu memiliki 70% saham syarikat FIVE.
Pemandu berhak menyuarakan cadangan dan pendapat mereka.

50% keuntungan

Sebagai Perusahaan Sosial, 50% keuntungan syarikat dipulang balik kepada pemandu dalam bentuk dividen dan sebagainya.
Kurangkan kerisauan,
lebihkan senyuman!

Caj Komisen Rendah

Caj Komisen berdasarkan per trip
• Trip bawah RM40, RM1 / trip
• Trip dari RM41 – RM80, RM2 / trip
• Trip dari RM81 – RM120, RM3 / trip
dan seterusnya…
Pemandu akan menikmati lebih wang setiap trip.

Happy Driving

Mengurangkan stress, mengurangkan ketidakadilan yang merugikan atau disekat tanpa sebab. Tiada lagi pengambilan yang jauh. Tambang yang berpatutan.
Jadilah pemandu FIVE yang
sentiasa gembira.

Perbandingan pendapatan pemandu

FIVE

Pendapatan pemandu FIVE setiap hari

• 20 trip/hari (andaikan purata RM15 setiap perjalanan)
= 20 perjalanan x RM15
= RM300/hari (Pendapatan kasar)

• Pendapatan kasar – komisen platform
= RM300 – RM20 (20 komisen perjalanan)
= RM280

* Berbanding dengan pemandu EHO yang lain, pemandu FIVE  boleh menjimatkan komisen RM40 sehari, atau menjimatkan komisen RM1200 sebulan.

Perjalanan Outstation

Andaikan perjalanan dari KL ke Penang
= RM 600
• Pendapatan kasar – komisen platform
= RM600 – RM13 (komisen)
= RM587

* Pemandu FIVE mendapat tambahan RM107 berbanding dengan pesaing untuk perjalanan ini.

Pesaing

Pendapatan pemandu e-hailing lain setiap hari

• 20 trip/day (andaikan purata RM15 setiap perjalanan)
= 20 trips x RM15
= RM300/day (Pendapatan kasar)

• Pendapatan kasar – komisen platform (20%)
= RM300 – 20% (komisen)
= RM240

Perjalanan Outstation

Andaikan perjalanan dari KL ke Penang
= RM 600
• Pendapatan kasar – komisen platform
= RM600 – RM13 (komisen)
= RM587

* Berbanding pemandu EHO yang lain, pemandu FIVE  boleh menjimatkan komisen RM107.

Pesaing

Pendapatan pemandu e-hailing lain setiap hari

• 20 trip/day (andaikan purata RM15 setiap perjalanan)
= 20 trips x RM15
= RM300/day (Pendapatan kasar)

• Pendapatan kasar – komisen platform (20%)
= RM300 – 20% (komisen)
= RM240

Perjalanan Outstation

Andaikan perjalanan dari KL ke Penang
= RM 600
• Pendapatan kasar – komisen platform (20%)
= RM600 – 20% (komisen)
= RM480

Ingin menjadi Driver-Shareholder ?

Peluang keemasan untuk menjadi Driver-Shareholder FIVE!

Sebagai pemandu FIVE, anda bukan sekadar mendapat keuntungan lebih dalam setiap perjalanan, pemandu juga diberi peluang untuk memiliki saham syarikat FIVE dengan pelaburan yang kecil. Dan ini hanya terbuka kepada pemandu yang mempunyai lesen PSV.

• Pelaburan = RM300 setiap pemandu FIVE (pelaburan satu kali)
• Jumlah pemandu ditawar = 70k pemandu di seluruh negara
• Jumlah % saham ditawar = 70% saham syarikat FIVE

Kempen pelaburan ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat tempatan terbesar yang berdaftar dengan Securities Commission of Malaysia bagi menawarkan kempen Equity Crowdfunding bagi syarikat2 yang berdaftar di Malaysia.

Kegunaan wang pelaburan RM300 ini:
• Driver credit wallet = RM20 (kembali kepada pemandu untuk mula memandu)
• Promo code = RM 5 x 4 trips/pemandu = RM 20 x (11 pemandu) = RM220
• Marketing & Kos Operasi = RM60 (Perbelanjaan operasi, papan iklan,
pemasaran dalam talian, bahan promosi, pelekat kereta, dsb.)

NOTE :
EVP pemandu akan dibayar dahulu dengan menggunakan wang pelaburan ini. Pembayaran ansuran hanya RM5 akan ditolak dari Cash Wallet pemandu setiap hari sehingga pembayaran ansuran tamat.

Pemandu FIVE adalah Driver-Shareholder!

Soalan yang sentiasa ditanya oleh pemandu

Mengapa FIVE hendak melancarkan kempen Equity Crowdfunding bagi menerima pelaburan dari pemandu, dan bukan dari investors?

Memang FIVE boleh mendapat pelaburan dari investors and venture capitalists seperti mana-mana syarikat e-hailing yang lain di Malaysia.

Tetapi cuba bayangkanlah, jika FIVE menerima pelaburan dari investors, apa bezanya FIVE dengan syarikat-syarikat yang lain?

Investors lebih mementingkan keuntungan sendiri daripada kebajikan pemandu. Jika FIVE menerima pelaburan dari investors, faedah-faedah yang FIVE cadangkan untuk pemandu tidak akan dapat dipenuhi; seperti komisen caj yang rendah, pulangan balik keuntungan kepada pemandu FIVE, penubuhan FIVE Education Foundation (FEF) untuk anak2 pemandu, dan faedah2 yang dicadangkan dalam masa depan.

Objektif FIVE adalah menjana keuntungan untuk pemandu, bukan untuk investors.

Bersatu kita teguh!